Monday, October 26, 2009

TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG RUNTUH 3

27 October 2009

Menceritakan Detik-detik Cemas Kejadian Jambatan Runtuh - Ustaz Shahrizal

Kejadian berlaku cukup pantas..cerita Ustaz Shahrizal salah seorang urusetia Program Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Kementerian Pendidikan semasa bertemu beliau di lokasi kejadian jambatan runtuh malam tadi.Sebelum kejadian para peserta berpusu-pusu melalui jambatan untuk mengambil makan malam (suffer) pada jam 10.00 mlm,lokasi utk mengambil makanan pula terletak di seberang sungai berhampiran pondok urusetia.

Ada dikalangan para peserta yang kelihatan bermain-main di atas jambatan dengan menghentak-hentakkan kaki untuk menakut-nakutkan peserta yang lain.Dalam keadaan terlampau sesak diatas jambatan,maka dengan tiba-tiba jambatan itu runtuh dan menjatuhkan kesemua peserta yang berada diatas jambatan itu.

Bunyi kocakan air dan jeritan para peserta menjadikan keadaan semakin kelam kabut,urusetia yang melihat kejadian tersebut tanpa berfikir panjang terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan para peserta daripada dihanyutkan oleh arus sungai yang deras ditambah pula keadaan malam yang gelap,menjadikan para peserta bertambah panik.

Kata Ustaz Shahrizal lagi..Saya sempat menarik tangan beberapa peserta untuk di bawa ke tepi sungai dan seterusnya cuba pula menyelamatkan peserta yang lain,keadaan air sungai yang terlampau sejuk menjadikan badan sudah tidak bertenaga,kedengaran jeritan tangisan dan suara meminta tolong,ada dikalangan para peserta yang berpaut pada beliau tidak dapat bertahan lama lalu melepaskan sedikit demi sedikit pegangan mereka lalu hanyut dibawa arus sungai yang deras dan hanya lambaian tangan mereka saja yang kelihatan dalam suasana malam yang gelap itu,cerita beliau mengakhiri babak cemas yang dilaluinya dalam nada yang cukup sebak dan menyayat hati.

Anggota Bomba dan penyelamat sedang meneruskan
usaha-usaha mencari mangsa yang hanyut.Sehingga
jam 9.30 pagi tadi hanya 3 orang mangsa dapat
temui,manakala selebihnya masih diusahakan.

Beginilah keadaan di hulu sungai,dimana para peserta
Program 1 Malaysia itu di hanyutkan oleh arus
sungai yang sangat deras pada malam tadi.


Bai : Sama-samalah kita berdoa kepada Allah


TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG RUNTUH 2

22 Murid Dikhuatiri Hilang Apabila Jambatan Gantung Runtuh

KAMPAR, 27 Okt (Bernama) -- Seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira 10.30 malam tadi.

Kira-kira 20 murid lain terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan, kata jurucakap polis.

Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, Rela dan orang ramai masih belum menemui murid-murid yang hilang.

Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan.

Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak.

Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam.

Seorang murid yang terselamat K. Mathivanan, 12, berkata kejadian itu berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan.

Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya.

"Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya.

Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lepas bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjerit-jerit meminta tolong dan ada yang menangis.

Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik.

"Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya.

Safri berkata beliau kemudian turun semula dan sempat membawa naik lima lagi murid.

Pengawal sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam murid, katanya.

Katanya beliau sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamat seorang murid yang masih berpegang pada tali besi sebelum dihanyutkan air.

Perkhemahan itu bermula Selasa dan dijadualkan hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang Isnin, kata guru SK Seri Tronoh itu.

Seramai 23 guru terlibat dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya minggu lepas.

Perkhemahan yang sama diadakan serentak pada Selasa di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya.

Murid yang menyertai perkhemahan itu daripada pelbagai bangsa sejajar dengan objektif perkhemahan untuk mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti memasak masakan tradisional, mengikuti latihan kebudayaan dan bermain pelbagai jenis permainan rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu.

"Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya.

Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.

Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai berkenaan di kawasan kejadian adalah kira-kira 30 meter dan sedalam kira-kira 1.5 meter.

--BERNAMA

Sumber daripada BERNAMA.COM
Ilkhlas daripada nasaalmansoki (inni fana')

Tuesday, October 27, 2009

Tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, 22 dikhuatiri hilang

GOPENG (26.10.09): Program Perkhemahan Satu Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan di SK Kuala Dipang bertukar menjadi satu tragedi yang amat menyayat hati bila mana sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai terbungkar dan roboh menyebabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh kedalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras.

Pasukan penyelamat termasuk pasukan bomba dan komando Vet69 yang dikejarkan kesana sedang bertungkus lumut mencari beberapa orang pelajar yang masih hilang malam tadi. Kelihatan juga Unit Amal PAS Malaysia turut memberikan bantuan ditempat kejadian.

Lebih kurang 22 orang murid masih belum dapat dikesan. Kerja-kerja menyelamat agak sukar dilakukan kerana keadaan yang sangat gelap. Program malang tersebut melibatkan 296 lebih murid-murid sekolah.

Pelajar-pelajar tersebut dikatakan menggunakan jambatan gantung yang baru 2 minggu dibina itu untuk makan malam (supper) yang terletak diseberang sungai jam 10.30 malam itu.


Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang ini berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk supper dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut.

Titi gantung yang baru siap kira-kira dua minggu lalu itu tiba-tiba rebah dan seramai 22 pelajar yang berada diatas jambatan tersebut terhumban kedalam sungai. Seramai 59 peserta yang melintasi titi itu walaubagaimanapun terselamat.Kesemua peserta terdiri dari para pelajar yang dikumpulkan dari 80 buah sekolah rendah sekitar Daerah Kinta Selatan.

3 mangsa dapat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tapah. Seramai 255 pelajar mengambil bahagian didalam program ini yang terdiri dari 115 berbangsa Melayu,73 berbangsa India dan 62 berbangsa Cina. Penglibatan guru ialah seramai 41 orang namun hanya 13 sahaja yang menghadirkan diri manakala yang lain tidak hadir kerana tidak mendapat kelulusan guru besar sekolah.

22 mangsa masih hilang setakat ini walaupun pencarian sepanjang 10km ia masih tidak menemui apa-apa. Gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Program ini ialah dibawah anjuran PPD Kinta Selatan atas nama Kem Satu Malaysia Peringkat Daerah Kinta Selatan.

Keadaan Jambatan di Pusat Kegiatan Ko-Kurikulum
Kuala Dipang yang runtuh menyebabkan 20 peserta
program 1 Malaysia di kuatiri lemas jam 10.30 mlm tadi,
sehingga jam 5 pagi ini masih belum ada berita
mereka yang terselamat.

Beginilah keadaan jambatan yang runtuh.

Seorang peserta yang hayut tetapi terselamat setelah
berenang menyelamatkan diri, sedang ditemuramah
oleh para wartawan.

Berlaku sedikit kekecohan apabila ibu bapa tidak
dapat menerima akan berita kehilangan anak mereka

Kaum keluarga yang setia menunggu sehingga jam
5 pagi,untuk mengetahui keadaan anak mereka.

Sehingga kini, 22 orang murid masih hilang, 3 telah dijumpai manakala seorang disahkan mati.

Monday, October 19, 2009

Kenangan Indah_2

Masing-Masing hadir dengan ahli keluarga yang mencukupi. Kami hanya hadir 2 beranak sahaja. Tahu ajelah peteri sulong ku ini, banyak sangat soalannya di tanya. nasib baik dia nak jalan, kalau nak dukung alamatnya, penatlah tubuh badanku ini.
Sampai diseberang, kami terus ke Bayan Nuri. Wow, bagai dewan Hotel Mewah! Kami memilih kerusi sendiri, siapa yang dah tahu rahsia kerusi, pasti mereka melihat dibawah kerusi, kot-kot ada nombor bertuah. Kami yang tak tahu ni, duduk aje, tak terfikir pun kerahsiaan istemewanya kerusi-kerusi di meja makan tu.
Majlis dimulai dengan Bacaan Doa oleh Al-Fadhil Ustaz Nadzri Ahmad. Ada yang membisik di telinga, panjangnya doa ustaz tu baca. Mereka tak tahu, sebenarnya doa tu, kami gabung berdua membuatnya (Rahsia ek). Mudah-mudahan doa diberkat. Selepas itu, ucapan Pengerusi Kelab; terima kasih kepada rakan kerja yang sentiasa memberi kerjasama 100% dalam program yang telah dilaksana. Mantan Boss menyusul selepas itu, kata beliau, tempat ini adalah yang terbaik sehingga ke hari ini, banyak kenangan sudah pasti tak akan dilupakan. Boss baru pula mengungkap, kerjasama yang erat harus dikekalkan dan semangat kerja harus dipertingkat dari masa ke semasa agar kita sentiasa berjaya dan terus berjaya.
Sebelum menjamu selera, acara potong memotong kek (kata pengerusi majlis yang hebat malam itu: Razali). Boss, Mantan Boss dan Pengerusi Kelab bersama-sama memotong kek sumbangan khas daripada Mutiara resort. TQ kepada Mutiara Resort.
Sekarang aksi menjamu selera. Antara menunya : BBQ ayam,daging, sosey, sotong, mee & nasi goreng, buah-buahan skit, air sirap (lainnya rasa: kata puteriku), kopi dan kek. Best!! Geng-geng bujang, malam tu, nampaknya berselera betul mereka makan. Seronok tengok.
Ha, Sambil-sambil makan kami dihidangkan bunyi-bunyian yang mengundang keriuhan dalam dewan. Dimulai dengan duet, Sue dengan Zalie, Syikien dengan Yati, Zaman solo, Ayu and Ieman dan ...
Majlis berakhir kira-kira jam 10:45 malam. Bukan apa, kalau lewat habis, takut-takut, bot nak menyeberangi sungai tu dah tak de, tak balik kome.
Okey..takat nie dulu. Lepas nie. cite lain plak.

Ma'a ila abada..


inni fana'

Sunday, October 18, 2009

Kenangan Indah_1

Seronok, menarik, unik dan menyelerakan.
begitulah ungkapan yang dapat ku tarapkan disini, seusai meraikan majlis yang indah pada 18 Okt 2009 (Ahad), 7:45mlm hingga 11:oomlm di Bayan Nuri Mutiara Taman Negara Resort.
Alkisahnya, kami berkumpul seawal jam 7:30mlm selepas solat Maghrib (Berjamaah) di balapan permainan anak-anak. Bila dah siap, ngan bilangan yang dipersetujui, kami bergerak ke jeti untuk sama-sama bersila di bot untuk menyeberangi Sg. Tembeling ke Mutiara Resort.
Banyak aktiviti yang hebat menarik tetarik dan memang debom! Nanti kita sambung... masa sangat mencemburui kita. Tunggu Kenangan Indah_2 ye...

Thursday, October 15, 2009

JAMUAN KHAS KELAB STAFF SKKT 09

Majlis tersebut akan di adakan pada 18 Okt 2009 (Ahad : 8:00 malam)
Bertempat di Bayan Nuri, Mutiara Taman Negara Resort.
Jutaan Terima Kasih Kepada Mereka, kerana sumbangan yang hebat ini.
Majlis ini, dianjurkan oleh Kelab Staff kami yang diketuai oleh Pieji.
Antara majlis yang akan berlangsung ialah ;
1. Majlis Perpisahan Dengan Boss
2. Majlis Akhir Tahun
3. Majlis Sambutan Hari Lahir
4. Majlis Keraian Staff Berkahwin
5. Majlis Keraian Staff Menyambut Baby Baru

Okey.. itu dulu, lepas nie kita jumpa lagi..
(inni fana')

Wednesday, October 14, 2009

KATA ALUAN


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Sesungguhnya segala puji-pujian hanya layak untuk Allah Taala. Setinggi selawat dan salam buat Junjungan Tercinta, Nabi Muhammad s.a.w, keluarga Baginda, para sahabat dan tabien seluruhnya.

Perkara baik dari blog ini, ambillah jadikan tauladan,
manakala segala keburukan dari blog ini jadikanlah sempadan.
Agar kita semua berada dalam rahmat Allah Taala untuk selamanya.